Tuesday, November 18, 2008
Huha Huha Huha
Siri komedi arahan Saiful @ Apek ini telah ditayangkan di ASTRO Ria mulai 17 Nov , hari Isnin jam 8.30 malam kelmarin. Saiful @ Apek digabungkan bersama Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Nabil Raja Lawak serta pelakon undangan Sharifah Shahirah, Raja Azura, Ijoy, Yassin, Zami Ismail dan lain-lain. Turut menampilkan artis baru Adzrin Adzhar dan Farra Diarra yang bernaung di bawah Noradz Productions Sdn Bhd. HUA… HUA… HUA terbitan bersama Noradz Productions dan Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd. Tajuk entri, tokcik tukar sikit. Entah memang kena dengan tajuk kot, huhaha hua hua hua.... sampai butir dialog babak pertama pun tokcik kureng berapa mengerti,lawak mereka semalam. Scene pembukaan mengenai agensi cari jodoh. Tokcik mula-mula teruja terkesima sebab rumah produksi ini yang menerbitkan Komikoo. Tidak habis tokcik nontonin, tokcik switch cenel lain. Anak-anak pun tak tahu nak gelak, biar pun yang muncul di kaca tv komedian-komedian terpilih.Tokcik rasa lebih berselera nontonin rancangan JOZAN pula. Entah semasa babak-babak selepas itu mungkin lebih best tak???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment