Masih tidak dapat memiliki POPCORN, majalah antologi ilustrasi digital dan komik Malaysia, isu pertama? Hahaha samalah kita. Masih menaruh harapan agar dapat memiliki senaskah POPCORN? Tidak mengapa, sekiranya ada rezeki penerbit, tang manapun, ringgit 15.90 anda itu tidak kemananya.
Boring, asyik menonton siaran television berbayar dan diulang-ulangkan? Sudah berkali-kali asyik diulangtayang kepada umum. Yang membayar bilnya, anda bukan? Saya fikir hendak membuat lawak cerdik, lalu saya tanya kepada seorang sahabat yang tentu boleh menerima lawak saya seadanya ini. "Tidak pergi ke PWTC ker?" Pertanyaan ini saya hantar melalui SMS. "Ada apa di sana?", reply sahabat saya itu. " Ada Anugerah skrin. Hehehe", begitulah reply SMS saya seterusnya." X baik, bagus tengok bruce lee lagi." jawabnya. Saya berhenti setakat itu. Sebenarnya saya malas hendak tukar channel. Kebetulan TV3 baru 5 minit menyiarkan Anugerah Skrin secara langsung dari Dewan PWTC.
Celoteh kedua penyampai buat saya gelak. Boleh tahan jugak. Sebelum selesai Anugerah Skrin selesai disiarkan secara langsung, saya mengharapkan pemilik blog Tempurung Pecah akan menang setidak-tidaknya akan menang satu award malam itu. Saya sudah agak-agak drama TV 3 akan dapat award dan selebihnya dari TV8. Ada juga dari rumah produksi lain dapat award. Yang tidak menang, boleh berusaha di tahun-tahun akan datang, dan kepada pemenang," Tahniah!!". Tidak mahu komen lebih, nanti sudah berbunyi pulak hammer setelah rumah siap.
No comments:
Post a Comment