Saturday, October 25, 2008

New Kid On The Blog?: POPCORN


Yang dinanti-nantikan sudah tiba. Itu dia, sebuah majalah kompilasi atau antologi  komik dan ilustrasi yang pertama di Malaysia terbit dalam Bahasa Inggeris. POPCORN, sesedap bertih jagung yang rangup lagi saya mesti pilih! Beberapa bulan lalu sudah diwarwarkan akan kehadirannya di gempakstarz forum, majalah gempak dan forum-forum komuniti artis komik. Mula berada pameran anjuran gempakstarz sempena ComicKing ke-100.
POPCORN menampilkan artis-artis komik antarabangsa di kalangan rakyat Malaysia, Singapura, China dan etc. Antaranya yang turut memeriahkan dan mewarnai POPCORN ialah Tan Eng Huat (KUTU) yang melukis DOOM PATROL dengan DC Comics, Benjamin, Lefty, Kromosom, Leong Wan Kok (Puyuh) dan lain-lain lagi. Anda pun mesti pilih punya! Previu penuh di dalam majalah gempak #216 pada 15 November 2008.

No comments: