Sunday, September 28, 2008

Penangan mangaka buatan Malaysia

Pertama dalam isu terbaru ini, Komikoo tampil dengan pendekatan manga buatan Malaysia. Tidak kerterlaluan nama-nama mangaka ini telah pun amat dikenali di kalangan peminat manga. Pelukis cover Komikoo #6 ini, Kidchan pernah berkarya dengan majalah Powder yang dipimpin Ben. Mangaka ini bukan-bukan calang orang, hasil karya digitalnya terpampang di Community Gallery, Wacom Asia. Untuk isu ini, Kidchan menghasilkan manga Fragile dan semua hasilkarya mangaka dalam hitam dan putih. Nama-nama seperti Hanie, Eisu, Aimo, Ben tidaklah begitu asing. Hanie dengan karya satira satu muka warna berjudul Identity. Karya beliau yang lain ialah Sweety Candy dan Iklan Retro- Dynabomb. Mel Celestial pun turut berkarya.

Aimo pula dengan Setia Menanti, Edward Sam dengan Program Pertukaran Pelajar. Eisu pula Mengajar Cara Melukis dan Scavengers. Hiroshi, dengan manga stail stroke Shah dengan kisah ala thriller Belalang. Kenapa editorial memilih edisi ini berkonsepkan manga, maka pembaca di luar sana wajib membaca dan sekali gus memilikinya. Ianya akan terjawab melalui muka surat nota bene.

Harapan saya semoga selepas isu ini, tanggapan Komikoo tidak menerima karya ala manga dapat dikikis. Ganbatte!

1 comment:

rahmanraof said...

hidup komik malaysiaaa!!!!beli jangan tak beli tau..