Friday, September 26, 2008

Cerita Ceriti

Setelah beberapa hari dapat mengadap antik ini untuk menulis posting. Sekian hari terpaksa ke KL dan menginap di hostel ELTC IPBA, Lembah Pantai. Tidak mahu mengejutkan sesiapa tentang kehadiran saya ke sana, kerana masa tidak mengizinkan. Cuma dapat bertukar pesanan ringkasa dengan Waverider. Di menghantar no telepon Hussain Saad, supaya saya menghubungi kartunis 70 an itu. Dia mendapatkan nombor kartunis di sebuah buku terbitan tahun 2008, Toko Buku Asia, Kepong.
Imej milik Topcow Comics


Imej milik Wildstorm DC Comics

Kelmarin dahulu, selepas kursus terus ke Midvalley. Berlegar- legar di ruang bisnes, mundar mandir mencari stor yang boleh kami kunjungi. Niat asal ialah untuk ke stor-stor menjual peralatan IT. Ingin mencari bamboo fun wacom tablet pen. Kedai yang pertama menarik minat saya untuk masuk ialah Comics Mart. Tanpa membuang masa, kaki terus melangkah dari rak ke rak untuk mencari judul-judul yang berkenan. Akhirnya saya mengambil The Authority Vol. 4 dan The Darkness NO 5. Kemudian turun lagi menuju ke MPH Books, tinjau-tinjau satu komik pun tak dibeli kerana bajet untuk membeli item yang saya niat pertama itu.


Kat ruang komik ada banyak pilihan dari komik ke manga. Saya sudah pegang manga yang dilukis oleh Zid , harganya not bad. Ah, sambung lagi. Itu pertama kali ke Midvalley. Yang seorang daripada kami itu ialah guru muda dari daerah lain. Kami bertemu dalam kursus ini. Sama-sama satu bas perjalanan ke IPBA. Oleh kerana tidak ramai mahu tinggal di hostel, hanya 4 orang lelaki. Yang lain itu tinggal kat luar. Jadi mahu tidak mahu jadi kenalanlah dalam 4 hari itu.

Waktu berbuka ada kira-kira 30 minit lagi, kami bergegas ke food court. Punyalah ramai umat, sudah tentu kami tidak mempunyai tempat duduk Tidak sangka punyalah ramai manusia ingin berbuka puasa di situ pada petang itu. Kami hendak memesan makan memang sudah tidak sempat lalu kami membeli air mineral dan kuih muih. Kami berdiri dan memerhati mana-mana kerusi dan meja yang boleh kami tumpang celah. Yang ketara ialah pasangan berdua, kami hendak mencelah amat segan sekali. Dua kerusi lagi sudah tentu kosong jika tidak diletakan beg plastik yang mengisi barang. Sudah tentu boleh diduduki kami atau pengunjung lain. Terdapat sebuah meja yang diduduki tiga lelaki. Seorang lelaki Cina sedang menikmati makanan dalam clay pot. Sementara 2 lelaki Melayu sedang duduk dan makan terhidang.

Saya jangka mereka bukan teman keran tidak berlaku perbualan antara mereka. Saya dan rakan guru muda "aim" kerusi yang kosong itu. Lelaki Cina itu selasai makan dan bangun, seorang pekerja Bangla menghampiri meja itu mengangkat bekas makanan itu. Kami pun menghampiri meja itu lalu bertanya dengan sopan sekiranya Mereka mengizinkan kami duduk di situ sekira adakerusi lagi satu. Akhirnya dapat juga duduk, apa bila seorang hamba Allah yang budiman di meja sebelah menawarkan kerusi. Dia yang menunggu teman lelakinya Saya dan guru muda itu dapat duduk dimeja yang dikosongan oleh seorang lelaki Cina itu. Dua lelaki itu sebenarnya sedang menunggu seorang lagi. Kami sambil itu berkenalan ( selamba je), sambil menunggu waktu berbual semakin hampir.

Selepas berbuka, kami mencari tempat solat. Pun ramai orang. Oleh kerana kami masih dalam 3 hari musafir, membolehkan kami melakukan solat jamak takkhir. Kami bercadang untuk melakukannya dihostel sahaja. Dalam pada itu orang rumah memesan untuk mencari set Corning ware "spice of life" kat Metrojaya. Kaki sudah lenguh mencari melilau kat mana letaknya Metrojaya yang menjual perkakasan dapur itu. Nasib baik guru muda itu dapat menjejaknya. Dan nasib yang tidak baiknya, benda yang hendak dicari itu tidak ada, kerana itu stok lama dan satu kemujuran bagi saya tidak payah mengeleknya kalau dibeli. Guru muda itu telah membeli satu majalah games 3D dan keinginan untuk membeli permainan untuk anaknya tidak tertunai, kerana harganya yang cukup mahal. Katanya balik dari kursus nanti dia membelinya di Kuantan, kerana harga di sana mungkin murah sikit. Melilau punya melilau, kami ke IT World. Harga item itu RM599. Terlepas hajat hendak memilikinya sebab wang baki hanya tinggal RM 500. Saya berkira sekira ada saiz yang lebih kecil, mungkin tiada masalah. Jadi kami terus ke tempat menunggu teksi untuk kembali ke hostel. Di lobi kami nampak poster tertera perkataan "exhibition" Manga dan Doujinshi di Midvalley pada 27 September sehingga29 September nanti.


No comments: