Tuesday, September 09, 2008

Animasi Tempatan

4 hari yang lalu, sementara sampai waktu berbuka puasa, sambil duduk dikerusi di hadapan skrin televisyen. Saluran TV 9 menayangkan Upin dan Ipin yang sudah 1 tahun, animasi tempatan Les Copaque. Tayangan animasi 3D bolehlah dibanggakan, dengan geraklaku animasi yang bertaraf antarabangsa. Anugerah tersebut telah pun dicapai oleh kompeni ini, babak-babak yang sesuai dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Selepas 15 minit kemudian, animasi superhero tempatan Kluangman ditayangkan. Siri tersebut ditayang semula selepas beberapa tahun, mengisi slot tayangan produksi tempatan. Selepas ini, mungkin kita akan berhasil menonton animasi-animasi yang lebih bermutu terbitannya atau setaraf dengan Upin dan Ipin, pun memadailah. Khabarnya Creative Enterprise telah memeterai MoU dengan produksi tempatan Anim@ter atau boleh di lawat di http://www.epict.com.my/animation.htm Epict yang beroperasi Bangunan Paya Keladi, berhampiran Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

klik sini untuk lihat imej boss CESB menandatangani moU CESB dan EPICT.

2 comments:

Meooo Comicore Club said...

ralat bro... post nih salah ejaan. upin dan ipin. bukanye ucin dan ipin.

slmt berpose bro..

Kalamtimur said...

heheh silap hamba tu... thanks meo