Thursday, August 14, 2008

e-komik DBP

Saya baru kembali dari singgah di republik8 wordpress. Antara yang menarik di sana ialah priviu komik yang bakal berada dipasaran.

Ini petikan dari tulisan Alauddin Riayat Syah




"Projek Komik yang sedang dibangunkan.
Gwe sudah kenyang setelah makan. Imej di atas merupakan antar komik-komik yang gwe tangani. Selalu orang terlintas bahawa gwe seorang pelukis komik. Namun hakikatnya gwe tidak pandai melukis. Kalau tergerak pun mungkin hanya orang lidi yang mampu merealisasikan lukisan gwe.
Pada mulanya gwe berfikiran untuk membuat komik adalah perkara yang senang banget. Bila sudah berada dalam proses pembangunannya baru gwe faham mengapa komik ini begitu bernilai, begitu payah dan mencabar rupanya untuk membikin sebuah komik.Pelbagai ragam dan masalah serta cabaran malah konflik dan sebagainya terpaksa dilalui.
Apa pun gwe salut kepada mereka yang terlibat di dalam industri komik tanah air atas perjuangan dan pengorbanan mereka yang kadangkala tidak mendapat perhatian dan dianggap sebagai satu profesion yang tidak mendatangkan hasil pada sesetengah pandangan masyarakat kita.
Majulah industri Komik Tanah air. Revolusi dan evolusi telah bermula!"

No comments: