
Era penerbitan komik tanah air sejak tahun 70an hingga kini, tidak ramai pelukis yang berani tampil dengan genre sci-fi. Ketika saya masih remaja, terdapat usaha menerbitkan majalah santai genre sains yang diberi nama SPEKTRA. Usia majalah ini tidaklah panjang, kalau tidak silap saya majalah ini diusahakan oleh penulis sezaman dengan majalah Bambino. menyentuh tentang genre sci-fi, saya teringat akan cereka-cereka yang sering diputarkan di televisyen pada waktu itu dengan judul-judul yang terus berlegar di minda kanak--kanak riang seperti Lost In Space, Star Trekk, Land of The Giants, Planet of The Apes dan banyak lagi. Kami akan duduk di hadapan televisyen milik jiran tetangga untuk menikmati nya setiap minggu.
Cereka-cereka sains tersebut juga terdapat dalam bentuk komik. Saya pun teringat akan komik-komik sci-fi yang yang pernah dihasilkan oleh kartunis Mishar untuk Utusan Pelajar waktu itu. Malangnya terlupa pulak judulnya. Begitu juga, Jaafar Taib pernah menghasilkan komik sci-fi mengenai sekumpulan saintis dan krew dari Malaysia. Tidak silap saya, komik tersebut mendapat ilham dari Space 1999.
Twinx merupakan buahtangan Pac dengan projek Komik_M PTS, komik sci-fi yang dijangka mendapat sambutan di kalangan remaja. Sekadar promosi untuk komik Twinx, saya sendiri pun belum terjumpa dengannya di kedai berdekatan. Untuk tempahan, sila klik logo komik_M di sidebar blog ini.
7 comments:
meh sini satu - biar gau review sikit kasik ngam promo!
hehe.. semalam saya dah ke Menifestasi Mimpi. Superb! Kat sana you preview Star Trek- Bawa Aku Ke Bintang Kejora
Cargas!
gempak gitu2..
tq tuan jonos dan meo...warm-up sikit2 ja
telah diresensikan di blog kami ...
ya, terima kasih fssf. saya dah jenguk, banyak update baru di sana terutama novel-novel baru.
Post a Comment