Wednesday, June 11, 2008

Tabik !!


Semenjak seminggu ini tiada entri baru. Saya kebuntuan idea untuk mengepos entri, walaupun di pasaran sudah terdapat majalah komik baru. Ada yang sudah dibeli, belek baca free pun ada juga. Sudah terbiasa, sejak remaja dulu mesti belek baca dulu. Bila hati sudah berkenan baru beli. Dulu lain sekarang lain.

Dulu terpaksa menjimat duit belanja persekolahan. Itulah gaya hidup ketika itu. Dapat dua posen duit saku, belanja seposen, simpan seposen. Kalau ngam dengan geng sekepala, kaw-kawtim pakat rembat Utusan Pelajar. Share-share beli dan baca sampai lunyai Utusan Pelajar yang terbit seminggu sekali. Kat situ kami mula, mengenali nama pelukis kartun dan komik tanah air seperti A. Shukor Lin, Raja Hamzah, Razali MHO, Mishar dan ramai lagi. Kami yang hanya mendapat info yang terbatas dari bahan bacaan yang sedia ada. Pelukis-pelukis masa itu, semuanya menggunakan skil tersendiri dan alatan pun masih manual.

Di zaman digital, dengan bantuan perisian komputer yang dapat membantu pelukis dalam meng"inking" dan mewarna komik dihasilkan dengan pantas. Saya sungguh kagum dengan kepantasan dan kesediaan para pelukis komik dan kartunis generasi sekarang mempelajari dan memperaktikannya dalam kerja-kerja menghasilkan artwork dan komik. Bukan sekadar itu sahaja, malahan mereka dapat menghantar hasil kerja kepada editor dengan pantas. Apa-apa pun, penghasilan komik secara manual pun masih lagi mendapat tempat di tanah air dan masih mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Ayuh kita baca komik buatan tempatan seperti g3, Gila-Gila, Gempak, Komikoo dan lain-lain lagi. Hehehe, meskipun berlaku pengstrukturan subsidi bahan api dan kenaikan harga barangan...

No comments: