Character Redesign Battle 026, kali ini memerlukan pesaing-pesaing melukis semula karekter Dr. Doom. Maka, tampilah nama-nama baru bagi penjahat dalam komik Fantastic Four ini. Nama asalnya ialah Dr. Van Doom. Pelbagai gaya dan sentuhan, penyertaan amatlah mengalakkan di kalangan artis baru yang berbakat besar. Sudah tentu dengan skil dan kemudahan perisian dapatlah mereka mengasah bakat dan wacom .

Inilah penyertaan saya yang tidak seberapa. Nampak ketara sangat kelemahannya di bahagian tangan kanan yang cacat celanya. Belasahje, Doom Mere Dooooom. Satu lagi painting, nampaknya tidak sempat dihantar kerana masalah pc desktop yang kena serangan.

Inilah penyertaan saya yang tidak seberapa. Nampak ketara sangat kelemahannya di bahagian tangan kanan yang cacat celanya. Belasahje, Doom Mere Dooooom. Satu lagi painting, nampaknya tidak sempat dihantar kerana masalah pc desktop yang kena serangan.
2 comments:
Asalamualaikum, Tuan Kalam!
Sekali sekala saya jenguk laman Tuan sebab memang ada saya bookmark, cuma tidak tinggalkan komen sebab saya bukan orang komik, jadi tidak pandai tumpang sekaki hal-hal komik.
Saya menulis ini meminta sokongan Tuan untuk projek Komik Malaysia PTS yang sekarang dijaga oleh En. Wan Zuhairi (Wanzu).
Kita akan menerbitkan komik yang syariah-compliant dan mahu menjadi pemain dominan sektor ini. Tujuan kita adalah memberikan komik alternatif yang lebih baik mesej-mesejnya kepada budak-budak peminat komik.
Wa'alaikumusalm wbt Puan Ainon dan salam sejahtera untuk semua karyawan PTS. Terima kasih di atas kunjungan puan, saya sentiasa mengikuti perkembangan PTS dan baru sahaja balik dari Puterajaya atas urusan keluarga. Sempat singgah di MPH Alamanda dan buku terbaru Icesoul " Robotan" sudah berada dalam simpanan dan harapan ianya menjadi platform kepada pelukis dan penulis berbakat.
Insya Allah, akan saya beri sokongan ke atas usaha penerbitan komik kompliant-syariah bakal diterbitkan oleh PTS. Usaha penerbitan nomik dan komik seterusnya memerlukan pengorbanan dari semua pihak.
Post a Comment