Sunday, December 02, 2007

Cuti-cuti Malaysia

Sudah 2 hari masuk bulan Disember, dalam program Cuti-Cuti Malaysia ini kalau dikiranya banyak tempat mahu dilawati. Hendak jelajah seluruh tempat, belum tentu cukup dalam masa sebulan. Barangkali kalau hendak menjelajah juga kena membuat persiapan menabung selama setahun. Haha, itu perkiraan yang tidak guna kalkulator.

Nasib, anak buah orang rumah datang menziarah pada minggu sedah. Dapat juga kami berjalan-jalan menghabiskan minyak kereta. Sepanjang empat hari terpaksa "entertain", kena pulak pada Monsoon Cup. Selama 2 tahun yang lepas, orang ramai dok kecoh tentang program tahunan yang diadakan di Teluk Warisan, Pulau Duyung, Terengganu. Kami langsung tidak ambil endah. Tup-tup, tahun ini saya membawa mereka suami isteri ditemani anak-anak yang lain ke event tersebut.

Ada juga gambar-gambar yang kurang menarik sempat dirakamkan. Alamak, sebelum acara perasmian Monsoon Cup oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, bateri Sony Cybershot pula habis hayatnya. Dengan sedikit rasa hampa, kami hanya dapat mengikuti ulasan langsung Yasmin Yusof dan pancaran skrin media yang terpampan di Teluk Warisan. Skrin itu memaparkan acara perarakan piala pusingan di Shahbandar, K. Terengganu.

Khamis pagi , pergi tinjau di booth Karangkraf, untuk rekee. Khabarnya 3 orang kuat g3 akan turun memperomosikan Sinar Harian. Kalau mereka datang, sudah tentu saya hulurkan majalah g3 untuk ditandatangani. Di forum, Komikoo hangat dibincangkan. Distribusi Komikoo telah berada di kedai-kedai dalam jumlah yang terbatas.

Jumaat pagi, singgah sekejap di Teluk Warisan sebelum ke destinasi Kota Bharu. Sampai sebelum solat Jumaat dan petang itu masuk ke Pengkalan Kubor. Cadang untuk bertolak balik malam itu, kerana sudah merancang untuk rekee lagi booth Sinar Harian di Shahbandar. Rancangan di tunda dan akan bermalam di Kota Bharu dan malam itu singgah di Wakaf Che Yeh. Komikoo sudah ada di kedai buku berhadapan bangunan pusat beli belah yang baru dibangunkan.

Sabtu pagi, sebelum bertolak ke K. Terengganu, sempat lagi ke Rantau Panjang. Bertolak balik tengah hari dan sampai jam 4 lebih dan malam tadi dapat juga berjumpa dengan 3 orang kuat g3 yang dimaksudkan itu. Dapat juga lah "signature" diaorang.







No comments: