Tuesday, July 24, 2007

Reviu dan artikel tentang komik di Metro dan Utusan Malaysia

Metro Ahad: Julai -22hb.

Komik tanah air kini mendapat tempat dalam akhbar-akhbar tempatan. Dalam ruangan Eskpresi di kedua halaman akhbar itu C10 dan C11 , pengulas komik telah menyiarkan empat ulasan komik iaitu Runaways (Marvel Comics), Senja Misteri III ( Tony Wong), Eden Factor (KLP Entertainment) dan Supernatural: Origins#3 ( Wild Storm) .




Potongan Metro Ahad mengenai Eden Factor.


Utusan Malaysia : 23 Julai


Dalam sisipan Mega, artikel mengenai pelukis komik wanita tanah air pertama Nora Abdullah. Beliau kini berumur 62 tahun. Dalam gambar, tertera beberapa lukisan dan komik-komiknya yang diterbitkan dengan majalah Fantasi. Beliau melukis ketika berusia yang sangat muda tahun 1957, tahun yang sama saya dilahirkan.

No comments: