Saturday, July 28, 2007

Cakap kartun Hari Sabtu

Hari ini: Sabtu 28 Julai

Macam biasa belek-belek paper secara hit and run. First-first tengok ruangan komik dan kartun di Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo! Kelmarin, beli majalah Gila-Gila dan g3.
Apa yang menarik tentang komik/kartun dalam akhbar hari ini dan majalah-majalah itu? Dan apa pula yang kurang menariknya? Majalah Gila-Gila, terus terang saya katakan tidak banyak melakukan perubahan secara drastik. Kartun yang tersiar di dalamnya hanya biasa-biasa sahaja. Skema warna tidak menarik perhatian. Seolah-olah kerja rendering warna kontras tone dalam halaman kartun tertentu seperti melepaskan batuk ditangga atau dibuat secara mengejar dateline. Kalau dibandingkan dengan majalah kartun yang satu lagi. Seharusnya pujian diberikan kepada kartunis Padi dari g3 yang banyak perningkatan dari kartunis yang biasa dan kini berada ditahap kaleris yang baik dan cemerlang.
g3 keluaran bulan Ogos menampilkan temu bual dengan kartunis otai Tuan Hj. Zainal Buang Hussein. Ada pesanan yang menarik untuk pelukis komik dan kartun. Pastikan g3 keluaran ini menjadi koleksi anda.

3 comments:

azhar said...

memang nak support gg...tapi kualiti dia tak berpa yg diharapkan..

harap2 projek fantasi ada perubahan drastik dan memberi impak kat senario komik malaysia

Kalamtimur said...

yupp semalam saya masuk CESB forum..melalui cc, kat ofis takleh masuk sana..agaknya bandwidth..

sebenar ada lagi saya mahu tulis pasal GG..

support projek FANTASI, pastinya

Sukatikaulah said...

hihihihi....yang kurang sepatutnya kita support supaya menjadi tambah baik.