Thursday, June 21, 2007

Resah seorang tua

Seorang warga emas yang tidak puas hati mengadu kepada anaknya. Ketika pakcik itu cuba mendapat rawatan kesihatan di sebuah hospital. Sudah beberapa lama dia menunggu di luar, namun gilirannya tidak dipanggil-panggil lagi oleh pembantu jururawat di bilik rawatan. Warga emas itu pun bingkas bangun lalu bertanya kepada pembantu jururawat yang memanggil pesakit lain.
"Bakpenya nombor pokcik dok dipanggil lagi, mek?"
"Sekarang nombor tigo ratuh semile. Gilere pokcik sekejak lagi. Pokcik duduk dulu deh, kekgi kita panggil la," pembantu jururawat yang sudah masuk usia 40 an menjawab dengan nada manis.
Warga emas itu duduk kerana gilirannya tidak lama lagi. Dia kembali ke bangkunya. Tiba-tiba seorang pembantu hospital menolak masuk seorang pesakit terus ke dalam bilik rawatan. Warga emas itu pun bangun tidak puas hati.
"Mek, bakpenya orhe tu masuk? Ke gilere pokcik?"
"Pok cik sakit gapo?"
"Kencing manis ja, orhe tu sakit gapo pulok?"
Pembantu jururawat itu berkata sesuatu. Warga emas kembali duduk ke bangkunya sambil merungut.
"Pelikla.. nyakit orhe loni, nasib baik aku kena nyakit kencing manis. Orhe tu lagi teruk, dio kena nyakit kencing mase."
"Bukan kencing mase, ayoh weh! Kecemasan!"
"Huk aloh lagu tu pulokkkk!!!!"

2 comments:

ORAET said...

Salam.

Woh! Kuak lo pulok Cikgu mlawokk nehh..

Ha! Ha! Ha!.. yang perenggan memula tu seperti pernah ku dengar di radio.. tapi di mana yaachhh?? hahaha..

Kalamtimur said...

Hehehe,
Saya cekup lawak yang adik saya ceritakan pada saya. Entah siapa punya idea?