Sunday, May 06, 2007

6 Mei 2007

Hari ini adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Pesta yang diadakan kali ini sudah tentu meriah bagi mereka yang dapat menyertainya. Namun, yang tidak dapat hadir, Insya Allah tahun depan panjang umur dan murah rezeki bolehlah sertai.

Hari ini juga, kartunis popular tanah air yang seusia saya diberi penghormatan muncul di dada harian Kosmo! Reggie Lee adalah di antara kartunis awal (bukan Melayu) yang berkarya dengan majalah humor Gila-Gila. Beliau mungkin akan menyertai sarkis sekiranya tidak menjadi kartunis, kenapa? Semata-matanya ialah dia ingin melakukan sesuatu yang jarang orang ramai buat iaitu untuk menghiburkan orang lain.

lagi...





6 comments:

Norman said...

Lamanya tak dengar apa-apa. Apa cerita baru?

Kalamtimur said...

Norman, kebelakangan ini ada sedikit "congested".. work yang kita tidak jangkakan dan tidak boleh nak tolak..hehehe. Kena buat job cover /layout design buku aturcara Tilawah Pendidikan Khas Pgkt Kebangsaan, kalu masuk sen takpa jugak...

Warghhhhhhahaha,tak sempat nak review komik hahaha, camna citer Satria Alam?

azhar said...

busy betul che gu kita nih...

yelah.apa citer satria alam?

saya dah pegi last day pesta buku..

best best...seronoknya..rugi chegu tak pegi..hhehehe

next: KL Komik Konvention 0&...

coming soon

Kalamtimur said...

Warghhhh...best betul dan ada event komik yang baru. Saya dengan event baca semula koleksi komik-komik Juara-Juara Kembar. Dengar khabar dah masuk episod ke 3.

Norman said...

Pesta buku pwtc haritu was mostly a let-down kecuali untuk komik. Suasana sesak dan promoter yang agresif buat saya hilang selera nak beli buku. The karangkraf booth was the dullest collection of dull books I ever laid eyes on.

Satria Alam? Tanya ptsm, gua tak tau. Sekarang tengah buat projek komik lain sementara ada apa-apa cerita.

Entahlah, mengapa diorang miss peluang opening dengan komik-komik lain.

Oh, kalau takda siapa nak reviu komik klp dan griffon, saya akan buat nanti.

Kalamtimur said...

Hehe, ya sepatutnya begitulah, Norman. Saya hendak beterima kasih kepada Norman yang selalu memberi info terkini tentang perkembangan komik. Barangkali, tahun lepas booth KK sangat happening dengan produk barunya ketika itu seperti g3,JOM dan Klik. Selepas JOM tiada, pembaca beralih arah dan tertanya-tanya dan kemunculan komik KLP dan Griffon memberi satu impak baru. Kalau 'artsquare" mengambil bahagian, bagaimana sambutannya?

Ya, saya tunggu Norman membuat reviu tentang komik KLP dan Griffon.