
Ziarah rakan melalui blog ke blog. Saudara Jonos, seorang pelukis kartun, ilustrator dan pernah bertugas sebagai juru animasi kini mempunyai blog yang baru. Alif Ba Ta Duniaku. Beliau baru sahaja mengemaskini dan meletakan artikel menarik tentang perkembangan ilustrasi dan kerjaya rakan-rakan yang menceburi dalam bidang tersebut.
Imej dari Jonos.blogspot.com

Antara liputan beliau ialah mengenai seorang "Ibu, Motivator, Guru Seni" iaitu Puan Nur Jannah Dini, pewaris pelukis/kartunis/pelawak sewaktu dulu iaitu Dine Juri. Bapanya adalah diantara kartunis awal yang bergiat dengan majalah gelihati dan pernah muncul dalam program mencungkil Bakat.
No comments:
Post a Comment