Friday, March 23, 2007

Pesta Buku dan Ulangtahun Gila-Gila

Minggu hadapan sudah mulai Pesta Buku Antarabangsa 2007. Pasti ramai warga kota akan menyerbu gerai-gerai kompeni buku yang mempamer dan menjual buku-buku pada hari itu. Kompeni-kompeni buku sudah tentu memasang strategi baru untuk melariskan jualan buku-buku dan produk mereka. Tahun lepas, satu kompeni besar membuka beberapa gerai yang sederet mendapat sambutan ramai. Pada hari pertama, kaunter pendaftaran langganan dibuka kepada orang ramai.

Tahun ini, dengan memasang angan-angan untuk ke sana. Kurang pasti samada boleh menjejakkan kaki atau tidak. Rancangan awal itu memang sepatutnya akan berada di sana kebetulan ada kursus di Lembah Pantai, dari 26 hingga 30 Mac 2007. Sudah berkira-kira untuk berkunjung ke PWTC nanti apabila selesai berkursus. Nampaknya apa yang dirancang tidak menjadi, kerana terpaksa berkursus pula di tempat yang lain pada tarikh yang sama. Jadi, saya mengambil kira tawaran kursus yang baru ini kerana kursus di Lembah Pantai itu boleh diganti dengan orang lain. Walhal dalam hati saya amat bergembira kerana kursus di lembah Pantai itu sebenarnya akan membuat diri saya menjadi bosan...(hahaha!)

1 April 2007 nanti akan genaplah 29 tahun Gila-Gila menyambut Ulangtahun penerbitannya. Sudah tentu, CESB akan mengeluarkan edisi khasnya sempena ulangtahun majalah humor yang pernah menjadi kegemaran ramai nombor satu suatu ketika dahulu. Ujang akan berada di gerai CESB di Pesta Buku Antarabangsa nanti.


No comments: