Wednesday, January 17, 2007

gMiX 15 hb Januari




Penerbitan komik tempatan nampaknya suam-suam kuku, tidak begitu hangat. Setelah JOM tidak lagi bersama g3, kehangatannya tidak begitu dirasai. Majalah kartun humor tetap terbit macam biasa. Tidak perlu diulas panjang kerana genre humor mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Begitu juga majalah berkonsepkan info- hiburan-game-komik. Sementelah majalah manga adaptasi dan terjemahan pun ada khalayak dan audiensnya. Di kalangan hardcore komik tanah air memang merasakan kehilangan FANTASI dan mengharapkannya kembali di pasaran. Trend cenderung ke arah komik Hong Kong, Taiwan, China serta manga Jepun dan manhua Korea membantutkan penerbitan dan pasaran komik tempatan.

Penggiat komik beralih ke arah penerbitan murah menghasilkan zine bawah meja atau istilah indie (underground) dan bukan begitu lambat sekiranya ada yang berani mencuba menghasilkan webcomics secara talian. Penggunjung boleh akses secara percuma dan penggiat-penggiat ini mempunyai rangkaian dikalangan mereka yang meminati komik itu. Biarpun sekadar stroke yang simple dengan jalan cerita yang tidak terlalu kompleks, webcomics mulai mendapat tempat dikalangan peminat komik indie secara amnya.

Tempahan alwancomics via Wanzu Hairi boleh dibuat sekarang atau lawati alwancomics.com



No comments: