Saturday, June 24, 2006

da kosmoinformatica apa tu?










Belasah je lah dengan judul ni. Nama pelukis komik/kartun/ ilustrasi ini tidak begitu asing lagi kepada penggemar komik. Shah mempunyai followernya sendiri. Strokenya dan gaya seakan kartun animasi dan sedikit cartoonish. Karyanya seringkali menghiasai ruangan akhbar pendidikan Utusan Malaysia bersama Maro dan Kazim. Namanya mengingatkan saya kepada seorang pelukis komik zaman FANTASI iaitu Azman Shah. Bezanya stroke dan karya Azman Shah lebih dekat dengan stail Mohas yang gemar menggunakan teknik cross-hatching dan wash.

Penggemar dan peminat Shah tidak akan terkilan dengan karyanya yang ternyata berjaya menarik minat. Komik-komiknya ada yang disiarkan di GEMPAK dan JOM.Komik KULDESAK pertama kali tersiar di KOSMO! pada hari Sabtu 17hb. Jun 2006. Stail yang digunakan dalam komik ini gambar foto yang di vectorise atau pun di rotoscope. Siapalagi yang menggunakan stail ini tidak lain dan tidak bukan pelukis komik /ilustrator Hafiz. Saya lebih gemar kalau Shah melukis sendiri model-model kereta dalam komiknya ini.

No comments: