




Sebuah filem epik fantasi Kung fu yang berjudul The Promise mengutip $9 juta HK (£5.1 Juta) dalam masa empat hari selepas release, merupakan filem terhebat pernah diadakan tayangan perdana di China. Chen Kaige memecahkan rekodnya yang dipegang oleh Kung Fu Hustle, mengikut sumber laman web Screen Daily.
The Promise, dengan kos pembikinan seperti yang dilaporkan $42 juta (£23.7 juta) sebagai filem China dalam penyertaannya untuk Oscar filem dan Golden Globe. Pelakon filem tersebut terdiri dari pelakon Korea - Jang Dung-Kun dan dari Jepun - Hiroyuki Sanada.
Bajet The Promise dikatakan tertinggi dalam sejarah pembikinan filem dari negara China, Ianya mengatasi sebanyak $ 30 juta dalam filem Hero (2002) yang diarahkan oleh Zhang Yimou – yang pernah menjadi sinematografer Chen. Pada hari pertama pembukaan tayangan filem itu kepada umum, ianya mengutip $2.6 juta (£1.47 juta) dalam masa sehari. Pada 17 haribulan Disember 2006 yang lalu, kutipan tayangan itu dianggarkan sebanyak $3 juta (£1.7 juta) – sekali lagi mengatasi rekod Kung Fu Hustle yang kutipannya ialah $2.7 juta.
The Promise, diberikan judul Master of the Crimson Armor di Amerika Syarikat , ditayangkan di Hong Kong dengan kutipan $310,000 (£175,500).
Ianya bersaing dengan King Kong, yang mengutip $1.3 juta (£735,600), sementara Harry Potter and the Goblet Of Fire hanya memperolehi $480,000 (£271,650).
Menurut laporan akhbar Shanghai Youth, filem arahan Chen Kaige yang berjudul Wu Ji / The Promise ialah sebuah cerita epik fantasi tentang "janji setia, kepertualangan, kenegaraan dan cinta". Kisah cinta seorang hamba biasa dengan seorang gundik dan disulami dengan fantasi.Dalam set filem yang berlatarbelakangkan dunia gelap zaman silam China, Cecilia Cheung melakonkan sebagai seorang puteri kononnya, Liu Ye melakonkan watak hantu dan Jang Dong-Kun sebagai seorang hamba. Pelakon-pelakon lain termasuklah juga Nicholas Tse, Hiroyuki Sanada dan Chen Hong, isteri Chen Kaige juga selaku penerbit projek ini.
Pelakon-pelakon
Cecilia Cheung sebagai Qing Cheng.
Jang Dong-Kun sebagai Kun Lun
Hiroyuki Sanada sebagai General Guang Ming
Chen Hong sebagai Man Shen
Liu Ye sebagai Gui Lang
Qing Cheng
No comments:
Post a Comment