Sunday, December 04, 2005

Laman Seni 3 Disember 2005

Agak lama juga membiarkan blog ini tidak dikemaskini. Sehingga pada hari Jumaat yang lalu, saya menerima SMS dari Shenufan di Mesir bertanyakan samada blog ini sudah diupdate. Semoga Shenufan yang berada di sana bertambah cekal. Setakat ini tidak banyak yang hendak diperkatakan di blog ini hanya titipan perjalanan waktu yang semakin meninggalkan kita.
Jumaat, pukul 10.30 malam saya ditemani isteri dan anak perempuan yang bongsu menaiki bas ekspres. Tujuan utama ialah menghadiri pertemuan PERGH-PTS sperti dijadualkan. Sebaik sahaja sampai di Hentian Putera, kami bersantai sekejap menghilangkan penat kerana rasa kebas-kebas dan kesejukan aircond. Kami pun menaiki sebuah teksi menuju ke pusat bandaraya untuk mencari tempat penginapan yang murah. Jam belum lagi pukul 7.00. Oleh kerana hendak segera ke sana saya terpakasa membayar harga teksi tanpa mengira meter. Salah saya juga, atau barangkali belum pukul 7.00 caj nya memang begitu. Terus terang, saya agak cuak untuk membawa kereta sendiri ke ibu kota. Takut, bimbang dan sukar untuk mencari susur jalan masuk dan susur jalan keluar.
Saya terus memberi arahan kepada pemandu teksi menuju ke tempat yang kami biasa menginap. Malangnya semua bilik sudah penuh. terpaksalah kami berjalan dalam hujan renyai-renyai melalui jalan yang lengang di Lorong Haji Taib. Dengan selamba dan geram bercampura baur, isteri saya yang merungut kerana memilih jalan tersebut. Tidak payah saya terangkan apa yang kami lihat, barangkali anda sekelian mungkin dapat menekanya.
Kami terus mencari lokasi yang sesuai sambil mata menodongak ke atas untuk mencari signboard hotel. Akhirnya saya ternampak Residence Hotel, lalu kami menuju ke sana. Setelah selesai berurusan kami pun menadapatkan bilik. Mujur juga membawa tag nama, dapat diskaun. Itu pun atas saranan isteri saya sebelum perjalanan malam itu.
Bersarapan pagi di situ dan kemudian memikir samada untuk pergi ke KLCC dulu ke Balai Seni Lukis ke? Ketika berjalan kaki dan menunggu teksi, Umbut membuat panggilan. Tanyanya," Tak ke Balai Seni ker?" Selepas itu kami pun menaiki teksi ke sana. pengunjung belum begitu ramai, kebetulan persembahan kesenian dari mahasiswa sedang memainkan lagu tradisional. Isteri saya sempat membelek-belek batu-batu permata di suatu gerai. Sambil halwa teliga didengan dengan lagu gemelan.
Saya bercadang untuk membuat surprise kepada penjaga booth yang menjual zine di sana. Terlebih dahulu saya sudah nampak dia dari jauh berjalan membawa bungkusan makanan. Sambil bergerak dari gerai ke gerai, mata kami tidak lepas melihat aneka hasil seni yang dipamer dan dijual disitu. Kami singgah disatu gerai yang mempamerkan dan menjual artwork. Tanpa segan dan berlagak ramah, saya pun berkenalan lah dengan empunya gerai. Rupanya pelukis ini pernah berkerja dengan Rizalman di bawah Raz Studio.
Ingat hendak buat surprise, tiba-tiba Alifstyle sudah nampak daa. Tidak sempat nak menyorok, Madstone pun dah nampak juga. Cuma Nurie yang lambat sedar. Hahaha dapat juga memaksa Alifstyle menurunkan tandatangan di atas novel sulungnya. Kebetulan Prof Muliyadi Mahmood singgah di gerai itu, saya pun dengan selambanya pun memaksa beliau berbuat demikian. Saya terpaksa meminta diri kerana tidak dapat berada lama di Laman Seni kerana harus pergi KLCC. Ketika melambai teksi, ternampak saudara Umbut pula, sempat bersalaman sekejap dan menyambar majalah yang dibawanya. Terus beredar meninggalkan Laman Seni.

No comments: