Dalam keadaan yang kesuntukkan masa, saya berdoa kepada Allah semoga saya dapat menyiapkan kerja yang saya telah berjanji dengan Sdr Fauzul. Oleh kerana itu saya semakin menjenguk kiriman-kiriman terkini di website pergh. Tetapi hari ini saya terpanggil untuk mengirimkan sesuatu buat tatapan umum di sana. Isu mengenai sebuah penerbitan Funny Jokes yang dikatakan menghina Tuhan. Masya Allah, aku pun hanya tersedar setelah membaca muka depan dan muka dua selepas saya berhenti mengetuk papan kekunci untuk menyiapkan skrip yang hanya tinggal bab akhir sahaja untuk episod ini. Pergh, jenuh juga
Saya pun rasa terpanggil mengenai isu ini. Rasa bengang dan nak marah pun ada. Angin satu badan ler, apakata kalau kami menghina "tuhan kamu". Saya turut menyokong supaya pihak KDN mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menangani isu in
Senda tuhan Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: “Allah, jika kau tolong aku turun dari pokok ini, aku akan hadiahkan kau seekor kerbau,” itulah kata-kata mempersendakan Tuhan terkandung dalam buku ‘lawak bodoh’ yang kini hangat jualannya di pasaran.Ayat jahat terbabit diucapkan satu watak kartun dalam buku itu yang kononnya takut untuk turun daripada pokok yang secara terang-terangan memperbodoh selain mempersendakan agama serta penganut Islam.Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata buku terbabit dikirim seorang bakal haji kepada PPIM beberapa hari lalu.“Buku bertajuk ‘Funny Jokes From India’ itu diterbitkan di sebuah negara jiran dan kandungan dalam satu daripada bab lawak bodohnya dilihat sengaja memperbodoh selain mempersendakan penganut Islam.“Lawak bodoh itu bermula dengan kisah seorang pemotong kayu yang memanjat pokok dan kemudian menebang semua dahan menyebabkan dia tidak dapat turun,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.Menurut Noor Nirwandy, ketika itulah watak kartun penebang pokok terbabit membuat permintaan kepada Allah supaya menyelamatkannya daripada terjatuh dengan menawarkan hadiah kerbau kepada Yang Maha Esa.Pada masa sama, ketika dia membuat permintaan itu, dia tergelincir sedikit dan hampir sampai ke bahagian tengah pokok.“Selepas tergelincir, penebang pokok terbabit mula beranggapan bahawa permintaannya dimakbulkan dan sekali lagi dia membuat permintaan kepada Allah.“Katanya, jika dia berjaya turun sedikit lagi, dia akan menghadiahkan seekor kambing,” katanya dengan nada kesal.Untuk kali kedua, dia beranggapan permintaannya dimakbulkan dan bagi kali ketiga, dia bakal menghadiahkan seekor ayam pula kepada Tuhan.Tiba-tiba, penebang pokok terbabit tergelincir lagi dan terus menawarkan hadiah beberapa butir telur jika berjaya sampai di tanah dengan selamat.“Sejurus kemudian, dia terus menggelungsur ke bawah dan terus tegak berdiri di bawah pokok. “Watak itu kemudian mengatakan bahawa dia selamat sampai ke bawah tanpa mendapatkan pertolongan daripada Allah dan terus menarik balik semua hadiah ditawarkannya tadi,” katanya.Menurut Noor Nirwandy, penulis dengan jelas cuba mempermainkan agama Islam melalui tajuk cerita itu sendiri iaitu ‘Teasing The Almighty’ (Mengejek Yang Maha Berkuasa).Katanya, PPIM memandang serius pengedaran buku lawak bodoh mempersendakan Tuhan itu yang boleh dibeli dengan harga RM12.90 senaskhah.“Cerita jenaka dalam buku itu dikumpul dan ditulis semula oleh pengarang bukan Islam.“Hasilnya, demi memikirkan keuntungan, dia langsung tidak mengambil kira sensitiviti agama serta umat Islam,” katanya.PPIM yang bimbang lawak bodoh itu boleh menular sehingga menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam, meminta kerajaan menarik buku berkenaan daripada pasaran selain penulisnya dikenakan tindakan tegas.Menurut Noor Nirwandy, jika dibiarkan berleluasa, tidak mustahil lebih banyak buku berkaitan kisah mempersenda atau memperbodohkan agama selain umat Islam akan diterbitkan.“PPIM meminta pihak berkuasa segera menghentikan penjualan buku yang boleh diperoleh di kedai buku utama di seluruh negara dengan harga murah itu.“Penulis buku pula perlulah lebih peka dan tidak menyinggung perasaan penganut agama lain hanya kerana mengejar keuntungan,” katanya.
No comments:
Post a Comment