Tuesday, December 27, 2005

Elemen pembacaan


“ KUALA LUMPUR: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berkata budaya membaca harus dipupuk sejak kecil bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berkebolehan tinggi bagi memastikan negara tidak ketandusan pemimpin masa depan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri berkata, ibu bapa harus memainkan peranan penting memastikan anak mereka mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.

“Untuk permulaan, penjaga boleh membeli bahan bacaan pilihan anak tidak kira buku cerita atau komik terlebih dulu. Melalui elemen pembacaan ini, minat akan timbul dan seterusnya mereka cenderung memilih buku akademik yang akan merangsang intelek dan naluri mereka.

“Kita juga boleh menjadikan proses pembelajaran menggunakan buku lebih menyeronokkan supaya mereka lebih peka kepada persekitaran. Apabila buku dijadikan rujukan, mereka berpeluang meneroka alam lain untuk mencari jawapan,” katanya pada majlis perasmian Program Perkongsian Hadiah MPH, di sini semalam.

Program anjuran MPH Book Stores kali ke-14 itu bertujuan mengumpul buku sumbangan syarikat korporat dan orang ramai untuk didermakan kepada rumah anak yatim.

Seramai 2,000 kanak-kanak daripada 39 rumah anak yatim menerima sumbangan untuk program tahun ini.

Rosmah juga berkata, tanpa pembabitan orang awam mustahil program itu berjaya mencapai objektif dan ini membuktikan rakyat Malaysia amat prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Syarikat korporat harus tampil memainkan peranan lebih besar menggalakkan budaya pembelajaran di kalangan masyarakat dan melihatnya sebagai tanggungjawab sosial jangka panjang yang akan memberi faedah kepada negara,” katanya.

Majlis turut diraikan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-54 pada 10 Disember lalu.

Mengulasnya, Rosmah berkata, sambutan kali ini amat bermakna kerana disambut bersama anak yatim.”

Saya tertarik dengan kenyataan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Timbalan Perdana Menteri. Di MPH sendiri sudah ada lebih dari 200 judul buah buku pelbagai bidang terbitan PTS. Ini termasuk novel dan nomik (novel komik). Satu perkembangan yang sihat. Saya pun baru berkesempatan membeli 4 buah nomik yang berjudul Askar Berjalan Kaki, Impian Harlina, Untuk Shampoo dan 40 Lukisan Hati. Terpaksalah berkongsi dengan anak-anak saya. Anak-anak saya mempunyai minat yang samalah, suka membaca komik dan novel ringan. Ke manakah lagi kalau kuah tidak tumpah ke nasi?  40 Lukisan Hati baru semalam saya beli. Baru 1 bab, saya baca semasa menunggu anak-anak membeli kelengkapan persekolahan. Sampai di rumah anak-anak yang baca dulu. Dalam pada itu, saya  akan memastikan bahan bacaan yang sesuai sahaja dibaca oleh mereka. Majalah-majalah pop dan diges yang menggembar-gemburkan tentang kehidupan artis dan seumpamanya saya akan kawal.

Kenapa pilih komik? Entah….pasal saya tak pilih nak baca nak baca bahan bacaan seperti yang disebutkan diatas. Kadang-kadang pernah terfikirjugak kenapalah bahan bacaan seperti itu mudah sangat mendapat hak penerbitan. Sedangkan penerbitan komik macam terpinggir. Kebanyakkan orang akan memandang serong jika seseorang itu membelek-belek buku dan majalah komik di kedai-kedai. Walhal kalau membelek dan membaca diges-diges yang mengandungi unsur (toot..toot..toot) tidak mengapa pulak. Apalah saya karutkan di sini hanya sekadar mengulas sedikit sahaja.

Dunia perniagaan komik sepatutnya juga dikuasai oleh pengkarya-pengkarya tempatan. Saya nampak syarikat-syarikat penerbitan komik antarabangsa menggunakan sepenuhnya peluang ini melalui kemasukan komik-komik itu ke pasaran tempatan. Maka dengan itu kita nampak komik-komik berwarna warni yangsuper duper seperti Witch, Monster Allergy, komik-komik Marvel-Gotham yang bersaiz kecil. Harga tidak usah cakaplah dari serendah-rendah RM 1.90 hingga ke RM7.90

2 comments:

Ariyatna Adri said...

org selalu pdg saya semacam bila sy beli komik atau majalah komik. pasal sy ni bukan bebudak lagi.hehe. yup..sy berhasrat nak kumpul marvel-gotham, elektra yg comel tu le.

betul tu, membaca tu bagus. sy dan hubby bila cuti akan lepak di MPH reader circle, boleh baca buku dan lepak sekali.

Kalamtimur said...

Terima kasih puteri dalurwarsa. Membaca apa2 pun bahan boleh menambah ilmu. Itu lebih baik dari buang masa. Betul tak? Tulisan puteri pun dikira hebat juga penuh kata2 pujangga dan puitis. Cuba cebur dalam penulisan skrip komik pula. Bergurulah dengan Sdr Panaharjuna. Melalui komik juga kita boleh sampaikan mesej.