Saturday, December 31, 2005

Cerminan jiwa

Blues Selamanya #88




Blues Selamanya #89




















Hari ini hari terakhir dalam bulan Disember 2005. Esok akan mulai cabaran baru dalam menghadapi hari-hari mendatang tahun 2006. Selamat tinggal duka dan selamat datang bahagia. Apa-apapun syukur di atas nikmat dan kurnia Allah swt. KepadaNya hamba berserah.

Saya kira ingin menutup tirai blog saya pada tahun 2005 dengan 2 buah puisi Allahyarham Tengku Amir Hamzah seorang tokoh sasterawan yang berjiwa besar dan ingin pula saya sisipkan 2 buah imej dari cover Blues Selamanya yang kini sudah berada dipasaran. Ini kira sebagai round-up saya dalam siri Jalan-Jalan Cari Komik yang sepatut saya updatekan di blogdrive saya. Barangkali masa amat mencemburui untuk saya mengemaskini 2 blog sekali gus.


BUAH RINDU
1

Dikau sambur limbur pada senja
dikau alkamar purnama raya
asalkan kanda bergurau senda
dengan adinda tajuk mahkota.

Dituan rama-rama melayang
didinda dendang sayang
asalkan kandaa selang-menyelang
melihat adinda kekasih abang.

Ibu, seruku ini laksana pemburu
memikat perkutut di pohon ru
sepantun swara laguan rindu
menangisi kelana berhati mutu.

Kelana jauh duduk merantau
di balik gunung dewala hijau
di Seberang laut cermin silau
Tanah Jawa mahkota pulau...

Buah kenanganku entah ke mana
lalu mengembara ke sini sana
haram berkata sepatah jua
ia lalu meninggalkan beta.

ibu, lihatlah anakmu muda belia
setiap waktu sepanjang masa
duduk termenung berhati duka
laksana Asmara kehilangan seroja.

Bonda waktu tuan melahirkan beta
pada subuh kembang cempaka
adakah ibu menaruh sangka
bahawa begini peminta anakda?

Wah kalau begini naga-naganya
kayu basah dimakan api
aduh kalau begini laku rupanya
tentulah badan lekaslah fani.

(Amir Hamzah )


HANG TUAH

Bayu berpuput alun digulung
banyu direbut buih dibubung

Selat Melaka ombaknya memecah
pukul-memukul belah membelah

Bahtera ditepuk buritan dilanda
penjajab dihanatuk haluan ditunda

Chamar terbang riuh suara
alkamar hilang menyelam segera.

Armada Peringgi lari bersusun
Melaka negeri hendak diruntun.

Galyas dan pusta tinggi dan kukuh
pantas dan angkara ranggi dan angkuh

Melaka! laksana kehilangan bapa
randa! sibuk mencari cendera mata!

"Hang Tuah ! Hang Tuah! di mana dia
panggilkan aku kesuma perwira!"

Tuanku, sultan Melaka, Maharaja Bintan!
dengarkan kata bentara kanan.

"Tun Tuah, di Majapahit nama termashur
badanya sakit rasakan hancur!"

Wah, alahlah rupanya negara Melaka
kerana laksamana ditimpa mara.

Tetapi engkau wahai kasturi
kujadikan suluh, mampukah diri?

Hujan rintik membasahi bumi
guruh mendayu menyedihkan hati.

Keluarlah suluh menyusun pantai
angkatan Pertugal hajat dinintai.

Chucuk diserang ditikami seligi
sauh terbang dilembari sekali.

Lela dipasang gemuruh suara
rasakan terbang ruh dan nyawa.

Suluh Melaka jumlahnya kecil
undur segera mana yang tampil.

"Tuanku, armada Peringgi sudahlah dekat
kita keluari dengan cepat.

Hang Tuah cuba lihati
apakah 'afiat rasanya diri?'

Laksamana Hang Tuah mendengar berita
Armada Peringgi duduk di kuala.

Mintak didirikan dengan segera
hendak berjalan ke hadapan raja.

Bukankah itu laksamana sendiri
Negeri Melaka hidup kembali.

Laksamana , cahaya Melaka, bunga pahlawan
kemala setia maralah tuan.

Tuanku, jadikan patik tolak bala
turunkan angkatan dengan segera.

Genderang perang disuruhnya palu
memanggil imbang iramanya tentu.

Keluarlah laksamana mahkota ratu
tinggallah Melaka di dalam ragu...

Marya! marya! tempik Peringgi
lelapun meletup berganti-ganti.

Terang cuaca berganti kelam
bujang Melaka menjadi geram.

Galyas dilanda pusta dirampat
Sabas Melaka su'ma di Selat !

Amuk-beramuk buru-memburu
"Tusuk-menusuk laru-melaru.

Lela rentaka berputar-putar
cahaya senjata bersinar-sinar.

Laksamana mengamuk di atas pusta
Yu menyambar umpamanya nyata...

Hijau segara bertukar warna
sinau senjata pengantar nyawa.

Hang Tuah empat berkawan
serangnya hebat tiada tertahan.

Chukuk Peringgi menarik layar
induk dicari tempat terhindar.

Angkatan besar maju segera
mendapatkan payar ratu Melaka.

Perang ramai berlipat ganda
pencalang berai tempat kesegala.

Dang Gubenur memasang lela
umpama guntur diterang cuaca.

Peluru terbang menuju bahtera
Laksamana dijulang ke dalam segara...

(Amir Hamzah )


Kedua puisi di atas adalah puisi karangan Allahyarham Tengku Amir Hamzah dari Sumatra Timur, Indonesia sebagai penutup tirai blog saya . Alfatihah untuk roh Allahyarham, semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama suhada.

No comments: