Sunday, November 06, 2005

Selamat kembali ke ibukota

Assalamualaikum wbt. Hari ini sudah masuk hari ke 4 kita menyambut Aidilfitri. Jalan-jalanraya dan lebuhraya-lebuhraya utama samada Timur-Barat, Utara-Selatan, sudah tentu mulai sesak. Setelah beberapa hari berhari raya dikampung halaman masing-masing, warga kota kini telah berpusu-pusu pulang ke ibukota dengan menggunakan pelbagai pengangkutan awam. Tidak kiralah kereta Kancil hinggalah ke Mercedes. Dari kereta berenjin empat lejang hingga lah ke enjin automatik. Semoga anda semua selamat memandu dengan berhati-hati di jalanraya dan juga di lebuhraya. Esok dah mulai masuk pejabat. Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja selepas bercuti sakan.

No comments: