Tuesday, November 08, 2005

LAGENDA DALUWARSA dan DENDAM DARI MENARA RAKIM


"Masanya sudah tiba untuk Pedang Daluwarsa Pancaran Cahaya Ketaatan pulang kepada mu. Kerana hanya kepada mu Daluwarsa akan jadi satu. Jangan kau berkelana lagi, pulanglah ke bumi Daluwarsa di mana satu nama menjadi tiga dan akan pula tiga menjadi satu". - karya Puteri Darluwarsa


"Dewi Ratna Hati adalah merupakan seorang suri yang terpencar luhur lagi anggun menawan, anak pertama kepada Paduka Lang Waroq ini adalah merupakan, kakak yang pengasih dan lembut jiwanya pada kedua-dua adindanya yang terkasih Sri Harum Manjalara dan Putri Ambar Manjakini. Namun satu tragedi misteri telah menimpa Ratna Hati sehingga menyebabkan Ratna Hati tersiksa sakit yang aneh sehingga beberapa waktu lamanya, Ratna Hati telah terkena suatu sihir yang amat tangguh sehingga menyebabkan dirinya menjadi lumpuh seluruh tubuh dan seluruh dirinya ditumbuhi sisik dan kudis yang menjijikkan. Kulitnya yang cantiknya berubah menjadi hijau , malah wajahnya yang anggun turut menjadi korban, berubah hodoh dan meloyakan, kerana sisik dan kudis itu. Ratna Hati menanggung derita itu selama lima tahun dimana didalam waktu yang sama juga, segala imbalan kebaikkannya berubah menjadi kebencian dan penghinaan yang teramat pedih ." - karya Panaharjuna.

Kedua-dua penulisan di atas merupakan yang suka saya hendak rekemenkan kepada pembaca. Apa yang menariknya intro penulisan mengimbau kembali ke zaman yang lampau. Penceritaan yang sangat puitis dan halus dari segi bahasanya.

Dah lama tak update JJCK, tidak ada bahan baru untuk ditulis kat situ. Kelmarin dulu saya baru berYIM dengan Shenufan. Dia ada tegur saya kenapa blog JJCK tidak di update. Tegurannya blog Perkasa Alam ini nampak macam cacarmerba. Hihihi, memang saya akui pun.

Saya pun turut mengkonfiuskan diri saya le gamaknya dengan mencampuraduk skrip Perkasa Alam dengan event-event yang tidak sepatutnya saya usahakan. Hahaha barangkali terlalu didorong oleh perasaan untuk mengemaskinikan blog itu sedangkan kepala saya tepu buat masa itu. Maafle, dan saya terpaksa berbuat sesuatulah.

Dalam dok bersembang dengan Shenufan tak sedar jam dah masuk 5.50 petang. Sambil-sambil saya surf di pergh.dot.com. Tidak ramai pengunjung almaklumlah masih lagi di suasana hari raya. Saya pun tidak ada apa-apa nak reply kat pergh, cuma rewang-rewang kat situ jer. Shenufan ada post dua di mag and news. Dah hampir pertang, saya harus meninggalkan ruang siber. Tetiba pulak pc saya buat hal. Apa ke hal ler….Hang pulak dia. Saya tak sempat nak exit YIM dan pergh.dot com. Kalau pengunjung-pengunjung lihat wah bukan main lama saya login sampai ke pagi. Bukan sekali dua terjadi yang demikian. Acap kali gak. Last-last saya switch off je komputer, peduli apa hahaha.

Kelmarin saya sempat bersembang pulak dengan sdr Fauzul dari PTS. Dia masih lagi bercuti. Pertama kali saya terus call dia..

Di tangan saya, terdapat empat buah komik Ma Wing Shing yang berada di pasaran iaitu Pedang Setiawan #435. Saya terlepas isu Pedang Setiawan #434. Tiga lagi ialah Raja Rimba #426, #427 dan #428. Saya pun tidak tahu kenapalah saya masih tidak boleh miss out komik otai Ma Wing Shing nih. Nak bandingkan dengan Tony Wong, saya tidak berapa suka komik Tony.

Malam keluar lagi menemani isteri berbeli sesuatu di Pasaraya Sri Intan, sambil itu masuk ke Kedai Buku Sri Intan yang sebelah menyebelah. Kemujuran, terdapat sebuah lagi Pedang Setiawan #434.

No comments: