
Penghujung bulan September, penerbitan komik-komik tanah air semakin meriah. Kalau di blog Jalan-Jalan Cari Komik, saya ada menyentuh komik-komik lain, Blues Selamanya yang sekian kali baru mendapat tempat di blog saya kali ini.
Barangkali semenjak AiE meninggalkan komik ini, saya kurang membeleknya, maksudnya tidak memberi perhatian yang serius. Ataupun kalau disebut Blues Selamanya ini sesuai untuk anak-anak muda sahaja. Mungkin fakta ini tidak bertepatan. Sejak akhir-akhir ini, Blues Selamanya turut menambat hati saya untu membelek dan sekali gus membacanya, walaupun faktor usia semakin bertambah. Barangkali faktor inilah membuatkan 'hardcore' komik tanah air dalam era 80an hingga 90an telah pun meninggalkan hobi yang sekian kalinya mereka semai dan bajai. Walhal, dalam isu-isu kebelakangan ini saya nampak banyak artikel yang menarik terutamanya ditulis oleh penulis-penulis muda untuk mengimbangi komik-komik yang dilukis oleh generasi baru.
Blues Selamanya bukan hanya sekadar majalah komik hiburan semata-mata malah terdapat "permata yang hilang" yang patut digilap. Teruskan perjuangan buat saudara Rodin selaku Ketua Editornya. Buat pelukis-pelukis seperti Jackalll, Topan aka Stan, Shemug, Pac dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama sahaja.) Sekali mengorak langkah teruskan menuju ke hadapan.
No comments:
Post a Comment