Sunday, August 07, 2005

In Progress

Bulan Jatuh Ke Riba

(Sambungan)

Penghuni Serendah Kebun Bunga lena dibuai mimpi. Ada mimpi indah dan ada mimpi yang mengerikan.


Jeritan demi jeritan ditengah malam. Persis ada yang menakutkan.
SFX:
Argghhhhh.....arghhhhhhhhhhhh!!!!


Sementara itu di rumah penghulu


Penghulu terbangun setelah didatangi satu susuk lembaga yang besar berdiri di hadapannya. Dia merasakan mulutnya dikunci. Sangat sukar penghulu menggambarkan wajah lembaga itu.

"Engkau akan menjadi manusia yang akan dihormati serta beroleh kedudukan yang tinggi."
Lembaga ghaib

Sesaat kemudian, penghulu kembali ke alam sedarnya. Lembaga tersebut sudah hilang. Penghulu bagaikan tidak percaya apa yang dihadapinya.

Di gua kelam, Gua Sapu Angin- Sahabat Rimba sedang memberikan tunjuk ajar selok belok ilmu mempertahankan diri kepada Perkasa. Jurus-jurus yang dipelajari diperturunkan satu persatu kepada Perkasa sebagai bekalan mempertahankan diri.

Menjelang dinihari sebelum ayam berkokok, Perkasa sudah pun kembali berada diperaduannya di pondok usang Mak Alang dan Pak Alang. Ketika kedua orang tua itu bangun untuk mengerjakan ibadat, Perkasa pun turut dibangunkan. Mereka bertiga bersama-sama mengerjakan ibadat dan Perkasa sentiasa akur kepada tunjuk ajar kedua orang tua itu.

Kepatuhan Perkasa kepada mereka membuatkan perasaan sayang semakin menebal. Mak Alang dan Pak Alang tidak mengetahui Perkasa akan menghilang sewaktu tengah malam setiap 15 haribulan sehinggalah beliau semakin bertambah matang.

Pada masa yang sama, Megat Alam yang ditatang seperti minyak yang penuh oleh Penghulu dan isterinya pun semakin hari semakin menempuh alam remaja. Mayang Sari pun semakin manja pula kepada Megat Alam.

Penghulu dengan limpah kurnia dari Allah s.w.t telah memperolehi rezeki yang mencurah-curah. Dagang senteri singgah di pekan Serendah Kebun Bunga.

10 tahun kemudian.

Waktu pun beredar dan Perkasa kini sudah mencecah usia 20 tahun. Megat Alam dan Mayang Sari pun melalui perubahan yang ketara juga, segak dan cantik.

Raja Ligor telah menghantar kurnia dengan menaikkan jawatan sebagai wakil pemerintah dengan gelaran Sri Bitara. Sempena dengan kurnia, tersebut Sri Bitara telah mengadakan keramaian selama 40 hari 40 malam. Pelbagai kebudayaan rakyat dipersembahkan.

Pertandingan gasing dari seluruh negeri dan dari wilayah berdekatan turut diadakan. Pertandingan ini diadakan untuk menentukan kehebatan (juara) dikalangan penduduk.

Megat Alam dan Perkasa adalah di antara 10 orang yang memasuki pertandingan gasing. Kemenangan berpihak kepada Megat Alam.

Pencak silat dan seni mempertahan diri turun dipertontonkan. Megat Alam yang berguru dengan Tok Aki Pandak turut mempamerkan kehebatannya. Perkasa yang berguru dengan Sahabat Rimba pun turut mempamerkan kehebatan. Sri Bitara merasakan beliau perlu mempunyai pengawal lalu memilih Megat Alam dan Perkasa. bermula dengan detik itu, Perkasa dan Megat Alam mula mengenal erti persahabatan. Mayang Sari yang sudah berusia 15 tahun pun semakin kelihatan cantik.




No comments: