Thursday, July 28, 2005

Episod 4 : Bulan Jatuh Ke Riba

BULAN JATUH KE RIBA

Sinopsis

Penghulu Serendah Kebun Bunga dan isterinya amat gembira sekali dapat mengadakan majlis keramaian menyambut ulangtahun kelahiran anaknya. Mayang Sari telah genap 5 tahun usianya. Megat Teri Alam pula, telah pun berusia 10 tahun kini menjadi anak angkat Penghulu. Betapa kasih sayang dicurahkan kepada kedua-dua mereka.
Perkasa yang telah kembali ke Serendah Kebun Bunga, mula mempelajari kehidupan sebagai manusia biasa. Pak Alang Dan Mak Alang sangat gembira akan kehadiran Perkasa. Semerluki (Megat Kembar Ali) muncul dengan penampilan seorang kelasi dari Makassar yang bekerja dengan Saudagar Ma Huang Zhe dari Zaytun
Kemakmuran Serendah Kebun Bunga tersebar dari Asia Timur ke Asia Barat.

Lokasi
Sekitar Serendah Kebun Bunga
Pulau-pulau, pantai dan hutan belantara
MS 1

Penghulu, kelihatan berdiri di tepi jendela mengadap ke luar. Renungannya menerawang jauh. Apakah gerangan yang difikirkannya.


Di halaman rumah, Mayang Sari sedang bergembira bermain dengan Alam. Mereka ditemani oleh Awang Kerak Nasi. Kerakraban mereka seperti isi dan kuku.


Isteri penghulu datang dengan menatang sedulang hidangan. Penghulu pun masih belum beredar dari tepi jendela.

"Jauh sungguh, kekanda mengelamun. Apakah gerangan yang difikirkan?"
Isteri Penghulu

"Adinda, sebenarnya kekanda sedang memikirkan sesuatu."
Penghulu

"Apakah maksud kekanda?"
Isteri penghulu

Penghulu pun lalu duduk bersimpuh sambil mengambil sehelai daun sirih. Kapur dan ulas pinang diletakkan kedalam daun sirih lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dikunyahnya sirih itu perlahan-lahan.

"Adinda..sebenarnya dalam selang 3 malam ini kerap didatangi mimpi."
Penghulu

"Apakah mimpi tersebut kekanda."
Isteri penghulu bertanya seolah-olah tidak sabar menanti perkhabaran dari penghulu.

"Kanda telah bermimpi, kanda telah melihat satu cahaya terang berderang."
Penghulu

"Rumah kita dilimpahi cahaya itu, dan kanda dipagari oleh dua bintang yang bercahaya keputih-putihan."
Penghulu termenung memikirkan mimpi tersebut.

"Apakah alamatnya itu?"
Isteri penghulu pula bertanya.

"Entahlah, kekanda pun tidak dapat memberi kata putus."
Penghulu

"Alangkah baiknya kalau kita bertanyakan orang bijak pandai."
Isteri penghulu

"Tidak usah adinda gusar, nanti adinda pula yang makan tidak lalu, mandi tidak basah."
Penghulu

"Betul kata, kekanda. Marilah segera kita berjamu sedikit juadah."
Isteri penghulu

"Erm sedap betul juadah ini. Siapa yang membuatnya."
Penghulu

Isteri penghulu tersenyum lalu, berkias kata
"Pucuk pauh delima batu, senduduk tidak berguna lagi. Duduk jauh beribu batu, kalau tidak duduk dihadapan kekanda, siapalah lagi."



Update: 1 August 2005

Penghulu tersenyum seraya mengatakan.
"Pucuk pauh pucuk putat. Duduk jauh pun terasa dekat."
Penghulu


MS 2

Sementara itu di lokasi yang berlainan. Di sebuah pondok yang kelihatan amat jauh di tepi hutan.

Mak Alang sedang menganyam atap rumbia. Pak Alang pula sedang menyusun atap-atap rumbia yang sudah siap dianyam. Perkasa turut membantu mereka.
Sebentar kemudian mereka bertiga sudah pun berada dipinggir hutan, berjalan melalui denai yang sempit. Mereka sudah biasa memlaui jalan berdenai itu. Kelihatan di kanan dan di kiri denai, tumbuh-tumbuhan menghijau.

Sesusuk tubuh yang kelihatan dari bahagian belakang sedang memerhatikan pergerakan mereka. Kelihatan tangan-tangan yang kasar dan berbulu seperti haiwan sedang menyelak rimbunan dedaun.


Setiap gerak langkah Perkasa dan ibu bapa angkatnya menjadi perhatian Sahabat Rimba. Pak Alang dan Perkasa kelihatan sedang membawa kandaran yang mengisi atap rumbia yang diikat kemas.

Kapsyen:
SAHABAT RIMBA

Sahabat Rimba telah bersumpah bahawa ia akan menjaga keselamatan Perkasa dan meskipun terpakasa mengadaikan nyawanya.


Imbas kembali
Ingatan Sahabat Rimba masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Ketika dia menghadapi Gagak Hitam dan Padukang Salang. Kedua-dua pengikut Langkuik itu amat bahaya jika dibiarkan.


Perkasa yang masih bayi ketika itu, telah diselamatkannya. Badan Perkasa yang berbalut dengan kain sulaman emas melayang-layang dari cenuram.

Sebelum sempat bayi itu jatuh ke curam yang dalam, Sahabat Rimba terlbih dahulu melompat ke bawah cenuram lalu menyambar bayi itu. Dia mendakap bayi itu lalu naik semula ke atas cenuram.

Sahabat Rimba pun bingkas untuk memberi pertolongan kepada Puteri Limau Purut yang sedang dikepung oleh Gagak Hitam dan Padukang Salang.

Dalam pergelutan itu, Sahabat Rimba dapat menewaskan Gagak Hitam dan Padukang Salang dengan membuat cakaran pada wajah Gagak Hitam hingga menyebabkan dia kehilangan sebelah matanya.

Padukang Salang pula telah kehilangan sebelah daripada tangannya.

Puteri Limau Purut, yang telah jatuh lalu kepalanya terhentak pada banir pokok kayu. Hentakkan yang kuat itu menyebabkan kecederaan pada pangkal leher (patah). Ia telah meninggal dunia sejurus itu juga.

Sejurus selepas Puteri Limau Purut di semadikan. Sahabat Rimba pun membawa Perkasa yang masih kecil jauh ke pendalaman.

Gua yang kelam dan terletak di hujung tanjung menjadi tempat mereka berdua berlindung dari musuh. Setiap hari Sahabat Rimba akan berada di puncak cenuram untuk memehatikan kapal-kapal dagang lalu diperairan.

Dia akan berdiri disitu seperti seorang pengawal pantai. Bulan yang penuh sedang (purnama) kelihatan berada di puncak cenuram.

Bayang-bayang hitam Sahabat Rimba berlatarbelakangkan cahaya bulan purnama amat mempersonakan. Kelihatan seorang kanak-kanak kecil yang sedang merangkak.

Masa sekarang

Di halaman rumah penghulu, beliau sedang terpaku dijendela sambil memerhatikan bulan purnama penuh.

Tiba-tiba terdengar lolongan suara sayup-sayup meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang mendengarnya.

( Suara lolongan seekor haiwan buas .)

Air muka penghulu kelihatan cemas sekali. Beliau dengan cepat-cepat menoleh ke arah bilik peraduan puteri kesayangannya, Mayang Sari.

Segera beliau berjalan ke arah bilik tersebut. Bimbang akan terjadi apa-apa.

Ditempat lain dihujung tanjung.

Sahabat Rimba yang kerinduan berdiri sambil melepaskan suara tangisan yang amat panjang.

WOOOO...wooo... WOOOOOOOO...

Suara Sahabat Rimba dapat didengar oleh setiap penghuni Serendah Kebun Bunga. Malah ada di antara mereka yang sudah dibuai mimpi terbangun kerana kelantangan suara tersebut.

Perkasa yang hampir melelapkan matanya pun turur terkejut dan dengan kebolehan daria rasa (telepati), dia dapat merasakan Sahabat Rimba amat merinduinya.

Tanpa pengetahuan Mak Alang dan Pak Alang, Perkasa pun turun ke tanah. Dengan pantas seperti seekor haiwan di rimba, dia hilang di dalam kegelapan malam.

Kecergasannya seperti larian seekor kijang dan kekuatan seekor singa. Dia pun seudah berada di puncak cenuram. Perkasa memeluk Sahabat Rimba dengan penuh syahdu.

Betapa pilunya hati Sahabat Rimba ketika dia menatap wajah Perkasa yang kelihatan semakin bertambah keremajaannya.

Sahabat Rimba pula kelihatan semakin bertambah lemah. Terdapat bekas-bekas luka diseluruh badannya akibat tujahan senjata pengikut Langkuik. Mereka sering menjejak Sahabat Rimba selepas Gagak Hitam dan Padukang Salang dicederakan.

Untuk kesekian kalinya Sahabat Rimba dan Perkasa kemudiannya menuju ke sebuah gua yang amat gelap. Jamong dipasang untuk menerangi kegelapan gua kelam itu.

Gua itu hanya dihuni oleh burung-burung layang-layang laut yang membuat sarang disitu. Terdapat juga kelawar-kelawar yang bertebangan.

Sigai-sigai yang diperbuat daripada buluh kelihatan berceracak. Dengan pantas Sahabat Rimba diikuti Perkasa meniti pada batang-batang buluh tersebut untuk berada di puncak. Sementara burung-burung layang-layang dan kelawar yang berterbangan kadangkala hampir melanggar api jamong yang terpasang. Kelihatan bunga-bunga api terpercik akibat perlangaran tersebut.

Seketika kemudian, Sahabat Rimba kemudian telah pun sampai dibirai batu gua di bahagian atas. Diikuti pula oleh Perkasa.


Api telah dinyalakan dan Sahabat Rimba sedang memanaskan sesuatu. Tangan Sahabat Rimba kemudian mengeluarkan sesuatu yang baru diperolehinya ketika meniti pada sigai-sigai buluh. Lalu dimasukkan ke dalam bekas dan dituangkan airpanas.

Sahabat Rimba kemudiannya menghirupkan perlahan-lahan. Pada masa yang sama diberikan kepada Perkasa.

Kapsyen:

Sarang Burung

Ubat pemulih tenaga yang berkhasiat tinggi dihasilkan oleh liur burung layang-layang amat digemari oleh peniaga dari Zaytun dan Timur Jauh.

(bersambung lagi.)











No comments: