Saturday, March 28, 2009
Saturday roundup...
....
Godek godak-godak lagi dengan watak atau adiwira padang. Pakcik try google untuk mencari adiwira padang kita Allahyarham Mokhtar Dahari atau Supermokh dan juga Supersub Santokh.
Apo? Dah beli kelmarin sama-sama dengan g3. Member pakcik gelak sakan cover g3 mempoyokan AF. Tapi dia bagitahu tak beli pun. Apo? baru macam biasa lawak-lawak antarabangsany. Punya la, selipar jepun. Lambok membawa kita dizaman pendudukan jepun dalam Drama Bed Time Story-Malaya 1943. Ring-Ring Tone,yang ini pakcik tambah, sikit Rio. Kelakar dan tak yah pikir. Banyak lagi drama yang kelakar.
Sabtu yang sibuk banget. Baru seawal pagi. Banyak perkasa perlu diselesaikan hari ini. Pertama kena hantar anak pergi kelas tambahan. Kalau kat negeri lain, kawan-kawan yang seprofesyen memang sudah pergi ke kebun atau mancing atau piknik.Sampai kat tempat kerja, kena pulak menyiapkan bilik dan aparatus untuk seminar menjawab peperiksaan. Halamak, kunci dah serah kepada seseorang untuk menguruskannya. Apahal? nasib baik sahaja-sahaja jenguk, punya sedap dia sempat sarapan lagi di warung tepi jalan, jam dah 8.30 lebih. Kalau buat pakcik pergi balik kampung ka pergi Kuantan ka, memang berpeluh che puan tu.
Global Warming, bukan pakcik tak nak ikut kempen Earth Hour. Dah banyak benda mereka exploit, cantas pokok-pokok, tumbang dan bakar. Perubahan iklim dan kepanasan mendadak. Banjir berlaku secara tiba-tiba selepas beberapa hari hujan turun. Empangan pecah, rumah-rumah dibawa arus sungai.Jalan-jalan lebar selama ini menjadi penghubung berubah dalam sekelip mata menjadi sungai. Kempen Earth Hour yang bermula dari 8.30 malam untuk selama 1 jam. Teman pakcik, bertanya agaknya ada agenda lain? Entahla pakcik pun susah nak fikir, benda yang tak menjangkau akal. Save The Turtles, Save Energy,Save Environment dan macam-macam save. Macam-macam kalau ikut silibus ikut dalam buku teks Bahasa Inggeris
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
save money sempena kegawatan
atau spend money? entahlah
spend money and save some
Post a Comment