Friday, June 20, 2008

Impak Termaksimum

Semenjak penstrukturan harga bahan api dan impak daripada itu membawa kepada kenaikan kebanyakan harga barangan keperluan harian. Perbelanjaan harian telah meningkat dalam masa 3 minggu ini. Walhal semalam isi tangki dengan RM 30.00, pergi kerja. Hari ini dan kena isi lagi RM50.00, perghhhhh! Amalan car pooling sudah terbiasa dalam famili kami, walau pun mempunyai kenderaan kedua, masih menggunakan sebuah sahaja untuk menghantar isteri ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah. Itu pun isteri tidak pernah-pernah lulus ujian lesen L. Nasib, kalau tidak akan terasa bahang dan impak termaksimum. Balik pun begitu juga.

Hari Jumaat, keadaan di bandar seperti biasa lenggang, dapatlah juga menyelesaikan masalah tempat letak kereta. Boleh letak kereta tanpa bayaran. Bawa isteri untuk berbelanja untuk persediaan anak untuk tinggal di asrama. Perlu mengeluarkan biaya untuk membeli barangan keperluannya, maklumlah pertama kali masuk ke asrama untuk meneruskan belajar di tingkatan 6 enam rendah, rakan-rakannya berjaya memasuki ipta/ipts. Rasa sedikit kesyukuran, anak saya ini belajar dekat sahaja. Kalau tidak terpaksalah memikirkan kos perjalanan menghantarnya ke matrik atau ipta/ipts yang jauh dari tempat sendiri.

Kos kenaikan harga barangan mungkin juga memberi impak kepada kuasa membeli pengumpul dan pembaca komik tegar. Masuk ke kedai buku sewaktu menunggu isteri selesai membeli barangan tadi, hampir 30 minit saya pusing keliling dari satu rak ke satu rak. Melihat majalah dan buku-buku komik. Bagaimanakah sekiranya pembaca dan pengumpul komik tidak lagi membelinya seperti saban waktu? Akan berlambaklah majalah-majalah komik yang tidak terjual? Apa-apapun saya mengharapkan penerbit komik tempatan dan pelukis komik dapat bersabar, mudah-mudahan pembeli-pembeli akan teruskan menyokong, membeli dan memiliki produk tersebut. Teruskan berusaha dan tingkatkan produktiviti.

Pagi tadi sempat touch-up pergh CRB iaitu Jengking Merah aka Blood (Red) Scorpion komik yang menjadi kegilaan ramai beberapa tahun yang lalu. Lukisan dan perwarnaan saya yang tidak seberapa, maklumlah mata pun sudah kurang jelas penglihatannya. Unfinished punya work, dibuat berpandukan satu karekter komik HK. Kalau datang semangat rajin, untuk menyiapkan perwarnaannya.


Kepingin melihat dan membaca koleksi komik Jengking Merah, sila ke http://www.esnips.com/web/jauze/ atau ke Burapat Comics.