Wednesday, December 28, 2005

Komik Marvel-Gotham

Komik Marvel-Gotham yang dibawa khas oleh Mr Sharad Devarajah dan Mr Suresh Seetharaman mempunyai pelbagai judul. Judul-judul tersebut berjaya menambat hati saya kerana sekian lama saya amat meminati karekter super hero seperti Wolverine, X-Men berbanding Superman atau Batman. Entah mengapa karekter human separuh mutant itu menjadi pilihan saya apabila membeli komik-komik US. Jadi sepanjang cuti, ketika berkunjung di kedai-kedai buku atau gerai-gerai menjual majalah dan mata saya terus meleret pada judul-judul seperti The End : Wolverine , Astonishing X-Men, X-Men Evolution, The Legend of Hulk, Blade: The Tomb Of Dracula, Teen Titans, Fantastic Four, Elektra Hand. Batman dan Superman sentuhan Jim Lee terpaksa juga saya beli sebab pelukisnya. Seperkara lagi komik yang dibawa masuk oleh kedua orang usaha komik ini mampu dibeli oleh peminat komik sama ada 'hardcore' atau baru hendak mengumpul komik-komik US yang kebanyakkan karekter-karekternya sudah di'movie'kan